About Me
- Xellevetto Privera
- Girl Castellano...Hi, just simple blog. Berkongsikan cerita....dari pengalaman
Blog Archive
Tuesday, 7 June 2011
Puting beliung ragut 500 nyawa dalam tempoh sebulan adalah yang paling ganas sejak 1950-an
DALAM tempoh sebulan ini, Amerika Syarikat, teruk diganyang alam apabila satu demi satu kejadian ribut yang membawa bersama puting beliung, meragut lebih 500 rakyatnya, setakat ini.
Sejak April lalu, puting beliung yang melanda selatan negara itu termasuk Alabama, Tennessee, Mississippi, Georgia, Arkansas, Virginia, Kentucky dan Louisiana, mengorbankan kira-kira 500 penduduk dengan kerugian dianggarkan bernilai RM18 bilion.
Puting beliung merujuk angin kencang ribut petir yang berputar secara ganas dari udara dan mencecah daratan. Ia terbentuk apabila angin panas, lembap bertembung dengan udara sejuk dan kering.
Namun, amukan puting beliung terbaru di Joplin, Missouri, sudah pun menyebabkan 125 maut dan setakat ini jumlah kerugian mencecah RM9 bilion. Malah, bencana kali ini adalah paling bahaya pernah direkodkan sejak tahun 1950-an dan terburuk sejak 1974.
Ia sekadar satu lagi musim penuh derita yang dilalui penduduk Amerika ketika kerajaannya turut terbabit dalam pelbagai operasi ketenteraan di Libya, Pakistan dan Afghanistan atas nama memerangi keganasan.
Malah, puting beliung di Joplin dilaporkan adalah fenomena pemusnah yang jarang berlaku dikenali sebagai ‘kepelbagaian putaran,’ mengandungi dua atau lebih taufan dengan bukaan angin lebih luas.
Kebanyakan bahagian selatan Missouri yang dihuni 50,000 penduduk rosak teruk dengan gereja, sekolah, kawasan perniagaan dan rumah diranapkan angin dengan kelajuan sehingga 316 kilometer sejam!
Puting beliung itu turut mewujudkan laluan sepanjang 9.6 kilometer panjang dan 0.8 hingga lebar kira-kira 1.2 kilometer.
Ia adalah puting beliung kelapan paling bahaya pernah direkodkan di Amerika dan bakal mencatat sejarah penyebab kematian tinggi disebabkan bencana alam itu. Apa tidaknya, belum pun 2011 melabuhkan tirainya, angka korban puting beliung dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sudah melebihi apa dicatatkan sepanjang tahun lalu.
Banyak bencana alamyg telah berlaku tahun ni. Hrrrmmmm.....itulah Kuasa Dari Yg Maha Esa...
Semoga Malaysia aman dan damai buat selama lamanya, jauhkanlah Malaysia dari bencana alam seperti mana yg telah berlkau pada pada Negara2|Negeri yg lain.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment