About Me
- Xellevetto Privera
- Girl Castellano...Hi, just simple blog. Berkongsikan cerita....dari pengalaman
Blog Archive
-
2011
(22)
- June(8)
-
May(14)
- Tulang Rusuk Yg Patah
- Persahabatan & Cinta
- Siapa Sebenarnya Kita?
- Pengajaran Sebuah Cinta
- Jangan Ada Benci
- Gagak, Bapa & Anak
- Pengajaran 'Besok'
- Doa Seorang Sahabat
- Awak Anugerah Terindah Yang Pernah Saya Miliki
- Abah, bagi balik tangan Ita....
- Nilai RM10
- Frequency
- Smiley For Your Blog
- Sumber Cerita Org Iban
Tuesday, 31 May 2011

Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
tanya Dara. Sudah pasti kamu!
balas Jejaka. Pada pandangan kamu, aku ini siapa?
tanya Dara lagi. Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu
menatap Dara dengan tenang dan berkata,
Kamu adalah tulang rusukku!
Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam
dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan
wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati.
Mereka kemudiannya bernikah dan melalui
masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam
dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan
hidup yang kain mendera. Hidup mereka menjadi
membosankan. Kenyataan hidup yang kejam
membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu
mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari,
pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak,
Kamu tak cintakan aku lagi!
Jejaka sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan
secara spontan membalas,
Aku juga menyesal menikah dengan kamu!
Kamu ternyata bukan tulang rusukku!
Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat.
Matanya basah. Dia menatap Jejaka, seakan tak
percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi.
Jejaka pula menyesal dengan apa yang sudah
dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah
tertumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk
ditarik kembali. Dengan linangan air mata,
Dara mengemas barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah.
Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi!
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan
sejati masing-masing.
Lima tahun berlalu
Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha
mencari khabar tentang kehidupan Dara.
Khabarnya Dara pernah menikah dengan
seseorang selepas itu, tetapi jodohnya tidak
panjang juga. Jejaka yang tahu semua tentang
Dara, merasa kecewa kerana dia tak pernah
diberi kesempatan untuk kembali. Dara tak pernah
menunggunya.
Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup
secawan kopi panas, dia merasakan ada yang
sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui
bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka
bertemu kembali secara tidak sengaja.
Kamu apa khabar? tanya Jejaka.
Baik-baik saja. Hmm, apakah kamu sudah
menemukan rusukmu yang hilang?
tanya Dara spontan.
Belum, jawab Jejaka sepatah.
Aku akan ke luar negara esok.
Mungkin akan pulang dua minggu lagi, beritahu Dara.
Telefon aku kalau kamu sempat.
Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan?
Masih tidak berubah. Dan, tak akan ada yang
berubah, kata Jejaka.
Dara tersenyum kemudian berlalu.
Seminggu kemudian, Jejaka mendengar
khabar bahawa Dara mengalami kemalangan,
dan meninggal.
Malam itu, sekali lagi, Jejaka menghirup kopi
panas dan kembali merasakan sakit di dadanya.
Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana
Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah
dengan bodohnya dia patahkan

Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta? Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.
Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.
"Hmmm...seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku." fikir si Persahabatan. Sejak hari itu Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.
Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan. Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.
Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta. Dipendekkan cerita...Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.

Moral:
Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, "Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.
Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.
Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan...Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.
Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.
Teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan ...cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.
Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... Renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan...
Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.
"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..
Semua peserta mengangkat tangan.
"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.
Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"
Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.
"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"
Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..
Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.
"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.
Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.
"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.
Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.
"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."
"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.
Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.
"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."
"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.
Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...
Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

Toshinobu Kubota yang biasanya dipanggil Shinji terpaksa
meninggalkan keluarganya utk mencari kehidupan yang lebih
baik di Amerika. Di sini keadaannya amat sukar. Kau adalah
harapan kami kata si ayah sambil memeluk anak lelakinya
itu sambil mengucapkan selamat tinggal.
Shinji menaiki kapal Atlantik yang menawarkan pengangkutan
percuma kepada para pemuda yang mahu bekerja sebagai buruh
penyodok arang batu sebagai imbalan kos pelayaran selama
sebulan. Kalau Shinji menemui emas di pergunungan Colorado,
keluarganya akan menyusul. Berbulan lamanya Shinji
mengerjakan tanahnya tanpa kenal lelah. Emas yang tidak
besar memberinya penghasilan yang tidak seberapa
tetapi teratur.
Setiap hari ketika pulang ke pondoknya, Shinji sangat
teringin disambut oleh Asaka Matsutoya, gadis yang
diam-diam diminatinya di kampung. Sepanjang
ingatannya keluarga mereka sudah lama saling mengenali
dan sepanjang itulah dia menyimpan hasrat untuk
memperisterikan Asaka. Senyumnya yang menawan
membuatnya menjadi puteri keluarga Yoshinori
Matsutoya yang paling cantik.
Setiap malam sebelum tidur di kabinnya, Shinji ingin
sekali membelai rambut ikal panjang Asaka yang
perang kemerah-merahan itu. Akhirnya dia mengirim
surat kepada ayahandanya untuk merealisasikan impiannya
itu. Kira-kira setahun kemudian, sebuah telegram
datang membawa berita. Yoshinori Matsutoya akan
mengirimkan puterinya kepada Shinji di Amerika.
Anak perempuannya itu akan bekerjasama dengan
Shinji dan membantunya mengembangkan bisnes
perlombongan emas. Diharapkan selepas setahun,
keluarga masing-masing akan mampu datang ke Amerika
untuk menghadiri majlis pernikahan mereka. Hati
Shinji sangat bahagia. Dia menghabiskan satu bulan
berikutnya untuk mengubahsuai pondoknya menjadi
tempat tinggal yang lebih sempurna.
Dia membeli katil sederhana untuk tempat tidurnya
di ruang tamu dan menata kamar tidurnya agar
sesuai untuk seorang wanita. Langsir dari bekas
karung guni diganti dengan kain bermotif bunga dari
bekas karung gandum. Di meja sisi tempat tidur, dia
meletakkan pasu berisi bunga-bunga kering yang
dipetiknya di padang rumput.
Akhirnya, hari yang dinanti telah kunjung tiba.
Dengan membawa seikat bunga daisi segar yang
baru dipetiknya, di pergi ke stesen keretapi.
Asap mengepul dan roda-roda berderit ketika keretapi
mendekat lalu berhenti. Shinji melihat setiap
jendela, mencari senyum dan rambut ikal Asaka.
Jantungnya berdebar kencang penuh harapan sebelum
tersentak kemudiannya. Bukan Asaaka, tetapi Yumi
Matsutoya, kakaknya yang turun dari keretapi.
Gadis itu berdiri malu-malu di depannya, matanya
menunduk. Shinji hanya mampu memandang terpana.
Kemudian dengan tangan
gementar dihulurkan jambangan bunga itu kepada Yumi.
Selamat datang katanya perlahan-lahan sambil matanya
menatap nanar. Senyum tipis menghiasi wajah Yumi
yang tidak cantik.
Aku senang ketika ayah mengatakan kau ingin aku
datang ke sini kata Yumi.
Ayuh! Aku akan membawa begmu kata Shinji dengan
senyum terpaksa, bersama-sama mereka menuju
kereta kuda.
Sementara Shinji bekerja di lombong, Yumi
mencatat semua kegiatan di lombong. Dalam
tempoh enam bulan, aset mereka telah meningkat
sekali ganda. Masakannya yang lazat dan
senyumannya yang tenang menghiasi pondok itu
dengan sentuhan ajaib seorang wanita.
Tetapi bukan wanita ini yang aku inginkan
keluh Shinji di dalam hati, setiap malam
sebelum tidur dengan seribu rasa
susah hati di ruang tamu.
Setahun lamanya Shinji dan Yumi bekerja,
bermain dan tertawa bersama, tetapi
tidak pernah ada ungkapan cinta. Pernah sekali
Yumi mencium pipi Shinji sebelum masuk ke
kamarnya. Pria itu hanya tersenyum canggung.
Sejak itu, kelihatannya Yumi hanya
mampu berpuas hati dengan jalan-jalan berdua
menjelajahi pergunungan atau sekadar berbual
di beranda setelah makan malam.
Pada suatu petang di musim bunga, hujan
deras menyirami punggung bukit, membuat
jalan masuk ke lombong mereka
ditenggelami air. Shinji mengisi
karung-karung pasir untuk dijadikan benteng.
Badannya basah kuyup tetapi
usahanya sia-sia. Tiba-tiba Yumi muncul
di sampingnya, memegang karung guni yang
terbuka. Shinji mencedok dan memasukkan
pasir ke dalamnya, kemudian dengan
tenaga sekuat lelaki, Yumi melemparkan
karung itu ke tepi lalu membuka
karung yang lain.
Berjam-jam bekerja dengan kaki terbenam
lumpur setinggi lutut, sampai hujan reda.
Dengan berpegangan tangan mereka berjalan
pulang ke pondok. Sambil menikmati
sup panas, Shinji berterima kasih kepada
Yumi. Aku takkan dapat menyelamatkan lombong
itu tanpamu
Sama-sama gadis itu menjawab sambil tersenyum
tenang seperti biasa, lalu tanpa berkata-kata
dia masuk ke kamarnya.
Beberapa hari kemudian, Shinji menerima
sepucuk surat yang menyatakan keluarga
Matsuyo dan keluarga Kubota akan tiba minggu
berikutnya. Meskipun berusaha keras menyembunyikannya,
namun jantung Shinji kembali berdebar-debar seperti
dahulu kerana akan bertemu lagi dengan Asaka.
Ketika Asaka muncul di hujung platformnya,
Yumi menoleh kepada Shinji. Sambutlah dia katanya.
Shinji berasa kaget, Apa maksudmu?
Shinji, sudah lama aku tahu bahawa aku bukan
puteri Matsutoya yang kau inginkan.
Aku memperhatikan bagaimana kau bercanda dengan Asaka
pada pesta bunga nan lalu; katanya.
Dia mengangguk ke arah adiknya yang sedang menuruni
tangga kereta. Aku tahu bahawa dia bukan aku,
yang kau inginkan menjadi isterimu..
Tapi...Yumi meletakkan jarinya pada bibir Shinji.
Syy..bisiknya; Aku mencintaimu Shinji. Aku selalu
mencintaimu. Kerana itu, yang kuinginkan hanya
melihatmu bahagia. Sambutlah adikku,
Shinji mengambil tangan Yumi dari wajahnya dan
menggenggamnya. Ketika Yumi mendongakkan mukanya,
utk pertama kalinya Shinji
melihat betapa cantiknya gadis itu.
Dia ingat ketika mereka berjalan-jalan
di padang rumput, ingat malam-malam tenang yang
mereka nikmati di depan unggun api,
ingat ketika Yumi membantunya mengisi
karung-karung pasir. Ketika itulah dia menyedari,
apa yang sebenarnya selama
berbulan-bulan tidak disedarinya.
Tidak, Yumi. Dikaulah yang kuinginkan
Shinji merengkuh gadis itu ke dalam pelukannya
dan mengucup dahinya dengan cinta yang
tiba-tiba membara di dalam dadanya.
Keluarga mereka berkerumun dan berseru,
Kami datang untuk menghadiri pernikahan kalian!
Cinta sejati tidak akan berakhir dengan penamat
yang menggembirakan kerana cinta yang tulus
dan suci itu sesungguhnya tidak akan pernah berakhir. :) :MJ

Seorang wanita dan kekasihnya
bernikah dan acara pernikahannya
sungguh megah. Semua kawan-kawan
dan keluarga mereka hadir
menyaksikan dan menikmati
hari yang berbahagia tersebut.
Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai
wanita begitu cantik dan anggun
dalam gaun putihnya dan pengantin
lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah.
Setiap pasang mata yang memandang setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh
saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata
kepada suaminya:
Abang, sayang baru membaca sebuah artikel
dalam majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan
kita katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang
kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita
mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan
perkahwinan kita bersama lebih bahagia
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan
hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka
sukai dan berjanji tidak akan tersinggung
ketika pasangannya mencatat hal-hal yang
kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan
mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk
berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas
dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. Sayang akan mulai dulu ya
kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya.
Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat
Ketika ia mulai membacakan satu persatu
hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya,
ia memperhatikan suminya tertunduk dan
sedikit airmata bergenang di sisi matanya
mungkin ada sedikit kesedaran pada perwatakannya
sebelum ini tanpa disedari
Maaf bang, apakah sayang harus berhenti tanyanya.
Oh tidak, teruskan jawab suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua
yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya
dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
Sekarang giliran abang pula membacakan senarai abang..
Sayang sedia mendengarnya
Dengan suara perlahan dan tersekat-sekat
suaminya berkata, Maafkan abang
Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas
kertas abang. Abang berfikir bahawa sayang
sudah sempurna di sisi abang, dan abang
tidak ingin mengubah akan diri sayang.
Sayang adalah diri sayang sendiri.
Sayang cantik dan baik di sisi abang.
Tiada satupun daripada peribadi sayang
yang dapati dapati kurang
Abang sayang dan cintakan isteri abang
yang dulu dan sekarang dan selama-lamnya
selagi hayat abang
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya
oleh pernyataan dan ungkapan cinta
serta isi hati suaminya bahawa si
Suaminya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis
Sebelum kita mencari kekurangan
orang lain, carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA
untuk dibandingkan dengan orang lain?
Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong
atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia
yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa
ada yang perlu diperbaiki
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi
diri kita kerana kelebihan kita dan
menerima segala kelemahan kita,
sudah pastilah orang ini adalah sangat
ikhlas menyayangi diri kita

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.
Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?"
"Burung gagak", jawab si anak.
Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.
Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"
Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "Burung Gagak!!"
Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah.......".
Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.
"Ayah!!! Saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.
Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.
"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut...
"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak".
Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."
Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."
Moral:
Jagalah hati kedua ibu bapa. Jangan sesekali menghampakan perasaan mereka.

Kisah untuk renungan bersama... Katakan sekarang... jgn tunggu sampai esok...
Pada suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia,
dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang wajar saja.
Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya, membuat masalah bagi orang lain adalah kesukaannya.
Apabila dia menyedari akan kesalahannya dan mahu minta maaf, dia selalu berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh."
Sesudah besar, dia amat suka kesekolah. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia.
Tetapi, dia anggap itu wajar-wajar saja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia
anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah,
tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya.
Alasannya, "Tidak apa-apa, besok kan boleh."
Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi.
Walaupun dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur.
Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman baik yang lain.
Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama, main, jalan-jalan dan macam2 lagi.
Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.
Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang gadis yang sangat cantik dan baik.
Gadis itu kemudian menjadi teman wanitanya.Dia begitu sibuk dengan kerjanya,
kerana dia ingin di naikkan pangkat ke posisi paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.
Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka,
bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia selalu berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka."
Ini tidak terlalu mengganggu dia kerana dia punyai teman-teman sekerja selalu mahu apabila diajak keluar.
Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia berkahwin
dan mempunyai anak, dia bekerja lebih kuat untuk memberi kebahagiaan pada keluarganya.
Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir isterinya
dan juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti,
dan tidak pernah menyalahkannya.
Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk mengatakan pada isterinya
"Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok
saya akan mengatakannya."
Dia tidak pernah bersama di majlis harijadi anak-anaknya, tapi dia tidak tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya.
Anak-anak mulai menjauhkan diri darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan ayahnya.
Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya dilanggar lari. Ketika kejadian itu, dia sedang ada mesyuarat.
Kemalangan itu adalah serius dan dia tidak sedar bahawa kemalangan itu bakal menjemput isterinya menemui yang
maha mencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta pada mu", isterinya telah meninggal dunia.
Remuk hatinya apabila ini berlaku dan dia cuba menghiburkan diri bersama anak-anaknya setelah kematian isterinya.
Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi dengannya.
Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak ada yang peduli pada orang tua ini,
yang di masa lalunya tidak pernah meluangkan waktunya untuk mereka.
Masa berjalan begitu pantas, orang tua ini tinggal di rumah jagaan yang terbaik, yang menyediakan pelayanan sangat baik.
Dia menggunakan wang yang disimpannya dari mula untuk perayaan ulang tahun perkahwinan ke 50, 60,dan 70.
Pada asal tujuan wang itu adalah untuk digunakan pergi bercuti ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya, tapi kini terpaksa digunakan untuk membayar biaya tinggal di rumah jagaan tersebut.
Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan penjaga yang merawatnya.
Dia merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.
Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu..." Kemudian perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan airmata dipipinya.
MORAL :
Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya sendiri,
waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju,sebelum benar-benar menyedari,
anda ternyata telah maju terlalu jauh.
Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain!
Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.
Akhir sekali, tapi yang paling penting, jika anda merasa ingin mengatakan pada seseorang bahawa anda sangat sayang pada dia,
jangan tunggu sampai terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain hari baru anda akan memberitahu dia,
hari ini tidak pernah akan datang.
Jika anda selalu pikir bahawa besok akan datang, maka "besok" akan pergi
sungguh dengan begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah tinggalkan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)