About Me
- Xellevetto Privera
- Girl Castellano...Hi, just simple blog. Berkongsikan cerita....dari pengalaman
Blog Archive
-
2011
(22)
- June(8)
-
May(14)
- Tulang Rusuk Yg Patah
- Persahabatan & Cinta
- Siapa Sebenarnya Kita?
- Pengajaran Sebuah Cinta
- Jangan Ada Benci
- Gagak, Bapa & Anak
- Pengajaran 'Besok'
- Doa Seorang Sahabat
- Awak Anugerah Terindah Yang Pernah Saya Miliki
- Abah, bagi balik tangan Ita....
- Nilai RM10
- Frequency
- Smiley For Your Blog
- Sumber Cerita Org Iban
Tuesday, 31 May 2011

Toshinobu Kubota yang biasanya dipanggil Shinji terpaksa
meninggalkan keluarganya utk mencari kehidupan yang lebih
baik di Amerika. Di sini keadaannya amat sukar. Kau adalah
harapan kami kata si ayah sambil memeluk anak lelakinya
itu sambil mengucapkan selamat tinggal.
Shinji menaiki kapal Atlantik yang menawarkan pengangkutan
percuma kepada para pemuda yang mahu bekerja sebagai buruh
penyodok arang batu sebagai imbalan kos pelayaran selama
sebulan. Kalau Shinji menemui emas di pergunungan Colorado,
keluarganya akan menyusul. Berbulan lamanya Shinji
mengerjakan tanahnya tanpa kenal lelah. Emas yang tidak
besar memberinya penghasilan yang tidak seberapa
tetapi teratur.
Setiap hari ketika pulang ke pondoknya, Shinji sangat
teringin disambut oleh Asaka Matsutoya, gadis yang
diam-diam diminatinya di kampung. Sepanjang
ingatannya keluarga mereka sudah lama saling mengenali
dan sepanjang itulah dia menyimpan hasrat untuk
memperisterikan Asaka. Senyumnya yang menawan
membuatnya menjadi puteri keluarga Yoshinori
Matsutoya yang paling cantik.
Setiap malam sebelum tidur di kabinnya, Shinji ingin
sekali membelai rambut ikal panjang Asaka yang
perang kemerah-merahan itu. Akhirnya dia mengirim
surat kepada ayahandanya untuk merealisasikan impiannya
itu. Kira-kira setahun kemudian, sebuah telegram
datang membawa berita. Yoshinori Matsutoya akan
mengirimkan puterinya kepada Shinji di Amerika.
Anak perempuannya itu akan bekerjasama dengan
Shinji dan membantunya mengembangkan bisnes
perlombongan emas. Diharapkan selepas setahun,
keluarga masing-masing akan mampu datang ke Amerika
untuk menghadiri majlis pernikahan mereka. Hati
Shinji sangat bahagia. Dia menghabiskan satu bulan
berikutnya untuk mengubahsuai pondoknya menjadi
tempat tinggal yang lebih sempurna.
Dia membeli katil sederhana untuk tempat tidurnya
di ruang tamu dan menata kamar tidurnya agar
sesuai untuk seorang wanita. Langsir dari bekas
karung guni diganti dengan kain bermotif bunga dari
bekas karung gandum. Di meja sisi tempat tidur, dia
meletakkan pasu berisi bunga-bunga kering yang
dipetiknya di padang rumput.
Akhirnya, hari yang dinanti telah kunjung tiba.
Dengan membawa seikat bunga daisi segar yang
baru dipetiknya, di pergi ke stesen keretapi.
Asap mengepul dan roda-roda berderit ketika keretapi
mendekat lalu berhenti. Shinji melihat setiap
jendela, mencari senyum dan rambut ikal Asaka.
Jantungnya berdebar kencang penuh harapan sebelum
tersentak kemudiannya. Bukan Asaaka, tetapi Yumi
Matsutoya, kakaknya yang turun dari keretapi.
Gadis itu berdiri malu-malu di depannya, matanya
menunduk. Shinji hanya mampu memandang terpana.
Kemudian dengan tangan
gementar dihulurkan jambangan bunga itu kepada Yumi.
Selamat datang katanya perlahan-lahan sambil matanya
menatap nanar. Senyum tipis menghiasi wajah Yumi
yang tidak cantik.
Aku senang ketika ayah mengatakan kau ingin aku
datang ke sini kata Yumi.
Ayuh! Aku akan membawa begmu kata Shinji dengan
senyum terpaksa, bersama-sama mereka menuju
kereta kuda.
Sementara Shinji bekerja di lombong, Yumi
mencatat semua kegiatan di lombong. Dalam
tempoh enam bulan, aset mereka telah meningkat
sekali ganda. Masakannya yang lazat dan
senyumannya yang tenang menghiasi pondok itu
dengan sentuhan ajaib seorang wanita.
Tetapi bukan wanita ini yang aku inginkan
keluh Shinji di dalam hati, setiap malam
sebelum tidur dengan seribu rasa
susah hati di ruang tamu.
Setahun lamanya Shinji dan Yumi bekerja,
bermain dan tertawa bersama, tetapi
tidak pernah ada ungkapan cinta. Pernah sekali
Yumi mencium pipi Shinji sebelum masuk ke
kamarnya. Pria itu hanya tersenyum canggung.
Sejak itu, kelihatannya Yumi hanya
mampu berpuas hati dengan jalan-jalan berdua
menjelajahi pergunungan atau sekadar berbual
di beranda setelah makan malam.
Pada suatu petang di musim bunga, hujan
deras menyirami punggung bukit, membuat
jalan masuk ke lombong mereka
ditenggelami air. Shinji mengisi
karung-karung pasir untuk dijadikan benteng.
Badannya basah kuyup tetapi
usahanya sia-sia. Tiba-tiba Yumi muncul
di sampingnya, memegang karung guni yang
terbuka. Shinji mencedok dan memasukkan
pasir ke dalamnya, kemudian dengan
tenaga sekuat lelaki, Yumi melemparkan
karung itu ke tepi lalu membuka
karung yang lain.
Berjam-jam bekerja dengan kaki terbenam
lumpur setinggi lutut, sampai hujan reda.
Dengan berpegangan tangan mereka berjalan
pulang ke pondok. Sambil menikmati
sup panas, Shinji berterima kasih kepada
Yumi. Aku takkan dapat menyelamatkan lombong
itu tanpamu
Sama-sama gadis itu menjawab sambil tersenyum
tenang seperti biasa, lalu tanpa berkata-kata
dia masuk ke kamarnya.
Beberapa hari kemudian, Shinji menerima
sepucuk surat yang menyatakan keluarga
Matsuyo dan keluarga Kubota akan tiba minggu
berikutnya. Meskipun berusaha keras menyembunyikannya,
namun jantung Shinji kembali berdebar-debar seperti
dahulu kerana akan bertemu lagi dengan Asaka.
Ketika Asaka muncul di hujung platformnya,
Yumi menoleh kepada Shinji. Sambutlah dia katanya.
Shinji berasa kaget, Apa maksudmu?
Shinji, sudah lama aku tahu bahawa aku bukan
puteri Matsutoya yang kau inginkan.
Aku memperhatikan bagaimana kau bercanda dengan Asaka
pada pesta bunga nan lalu; katanya.
Dia mengangguk ke arah adiknya yang sedang menuruni
tangga kereta. Aku tahu bahawa dia bukan aku,
yang kau inginkan menjadi isterimu..
Tapi...Yumi meletakkan jarinya pada bibir Shinji.
Syy..bisiknya; Aku mencintaimu Shinji. Aku selalu
mencintaimu. Kerana itu, yang kuinginkan hanya
melihatmu bahagia. Sambutlah adikku,
Shinji mengambil tangan Yumi dari wajahnya dan
menggenggamnya. Ketika Yumi mendongakkan mukanya,
utk pertama kalinya Shinji
melihat betapa cantiknya gadis itu.
Dia ingat ketika mereka berjalan-jalan
di padang rumput, ingat malam-malam tenang yang
mereka nikmati di depan unggun api,
ingat ketika Yumi membantunya mengisi
karung-karung pasir. Ketika itulah dia menyedari,
apa yang sebenarnya selama
berbulan-bulan tidak disedarinya.
Tidak, Yumi. Dikaulah yang kuinginkan
Shinji merengkuh gadis itu ke dalam pelukannya
dan mengucup dahinya dengan cinta yang
tiba-tiba membara di dalam dadanya.
Keluarga mereka berkerumun dan berseru,
Kami datang untuk menghadiri pernikahan kalian!
Cinta sejati tidak akan berakhir dengan penamat
yang menggembirakan kerana cinta yang tulus
dan suci itu sesungguhnya tidak akan pernah berakhir. :) :MJ

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment