Tuesday, 31 May 2011



Seorang wanita dan kekasihnya
bernikah dan acara pernikahannya
sungguh megah. Semua kawan-kawan
dan keluarga mereka hadir
menyaksikan dan menikmati
hari yang berbahagia tersebut.
Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai
wanita begitu cantik dan anggun
dalam gaun putihnya dan pengantin
lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah.
Setiap pasang mata yang memandang setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh
saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata
kepada suaminya:

Abang, sayang baru membaca sebuah artikel
dalam majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan
kita katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang
kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita
mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan
perkahwinan kita bersama lebih bahagia

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan
hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka
sukai dan berjanji tidak akan tersinggung
ketika pasangannya mencatat hal-hal yang
kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan
mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk
berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas
dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. Sayang akan mulai dulu ya
kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya.
Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat
Ketika ia mulai membacakan satu persatu
hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya,
ia memperhatikan suminya tertunduk dan
sedikit airmata bergenang di sisi matanya
mungkin ada sedikit kesedaran pada perwatakannya
sebelum ini tanpa disedari

Maaf bang, apakah sayang harus berhenti tanyanya.

Oh tidak, teruskan jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua
yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya
dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
Sekarang giliran abang pula membacakan senarai abang..
Sayang sedia mendengarnya

Dengan suara perlahan dan tersekat-sekat
suaminya berkata, Maafkan abang
Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas
kertas abang. Abang berfikir bahawa sayang
sudah sempurna di sisi abang, dan abang
tidak ingin mengubah akan diri sayang.
Sayang adalah diri sayang sendiri.
Sayang cantik dan baik di sisi abang.
Tiada satupun daripada peribadi sayang
yang dapati dapati kurang
Abang sayang dan cintakan isteri abang
yang dulu dan sekarang dan selama-lamnya
selagi hayat abang

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya
oleh pernyataan dan ungkapan cinta
serta isi hati suaminya bahawa si
Suaminya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis

Sebelum kita mencari kekurangan
orang lain, carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA
untuk dibandingkan dengan orang lain?
Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong
atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia
yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa
ada yang perlu diperbaiki

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi
diri kita kerana kelebihan kita dan
menerima segala kelemahan kita,
sudah pastilah orang ini adalah sangat
ikhlas menyayangi diri kita

0 comments: