Tuesday, 31 May 2011



Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
tanya Dara. Sudah pasti kamu!
balas Jejaka. Pada pandangan kamu, aku ini siapa?
tanya Dara lagi. Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu
menatap Dara dengan tenang dan berkata,
Kamu adalah tulang rusukku!
Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam
dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan
wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati.

Mereka kemudiannya bernikah dan melalui
masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam
dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan
hidup yang kain mendera. Hidup mereka menjadi
membosankan. Kenyataan hidup yang kejam
membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu
mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari,
pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak,
Kamu tak cintakan aku lagi!

Jejaka sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan
secara spontan membalas,
Aku juga menyesal menikah dengan kamu!
Kamu ternyata bukan tulang rusukku!

Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat.
Matanya basah. Dia menatap Jejaka, seakan tak
percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi.
Jejaka pula menyesal dengan apa yang sudah
dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah
tertumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk
ditarik kembali. Dengan linangan air mata,
Dara mengemas barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah.

Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi!
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan
sejati masing-masing.

Lima tahun berlalu

Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha
mencari khabar tentang kehidupan Dara.
Khabarnya Dara pernah menikah dengan
seseorang selepas itu, tetapi jodohnya tidak
panjang juga. Jejaka yang tahu semua tentang
Dara, merasa kecewa kerana dia tak pernah
diberi kesempatan untuk kembali. Dara tak pernah
menunggunya.

Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup
secawan kopi panas, dia merasakan ada yang
sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui
bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka
bertemu kembali secara tidak sengaja.

Kamu apa khabar? tanya Jejaka.

Baik-baik saja. Hmm, apakah kamu sudah
menemukan rusukmu yang hilang?
tanya Dara spontan.

Belum, jawab Jejaka sepatah.

Aku akan ke luar negara esok.
Mungkin akan pulang dua minggu lagi, beritahu Dara.

Telefon aku kalau kamu sempat.
Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan?
Masih tidak berubah. Dan, tak akan ada yang
berubah, kata Jejaka.

Dara tersenyum kemudian berlalu.

Seminggu kemudian, Jejaka mendengar
khabar bahawa Dara mengalami kemalangan,
dan meninggal.

Malam itu, sekali lagi, Jejaka menghirup kopi
panas dan kembali merasakan sakit di dadanya.
Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana
Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah
dengan bodohnya dia patahkan

0 comments: